Tenggiling Unik Ni Berwarna Merah Jambu?

Sebenarnya masih banyak jenis-jenis haiwan yang masih kita tak pernah lihat. Contohnya sejenis tenggiling yang unik dan berwarna merah jambu ini. Namanya tenggiling pari-pari merah jambu.


Tenggiling pari-pari merah jambu atau dalam bahasa inggeris "Pink fairy armadillo" dengan nama saintifik Chlamyphorus truncatus juga dikenali dengna nama pichiciego. Tenggiling ini adalah spesies terkecil dalam keluarga tenggiling  Chlamyphoridae dan Dasypodidae. 

Tenggiling paripari merah jambu ini pertama kali dikenalpasti oleh Richard Harlan pada tahun 1825. Kehidupannya suka bersendirian di padang pasir di kawasan Argentina Tengah. Ia juga boleh didapati di kawasan dataran berpasir , bukit pasir , dan padang rumput yang lebat .


Tenggiling jenis ini mempunyai mata yang kecil, bulu putih kekuningan sutera, dan cengkerang punggung yang fleksibel . 

Panjangnya 90–115mm (3,5–4,5 inci), dan biasanya beratnya sekitar 120g (4,2 oz). Spesies ini adalah armadillo hidup terkecil dan antara yang paling kurang dikenali.


Ia biasanya keluar pada waktu malam bersendirian untuk mencari makanan. Tenggiling yang unik ini memakan serangga, cacing, siput, dan pelbagai jenis tumbuhan.


Apa yang menyedihkan ialah spedies tenggiling pari-pari merah jambu ini semakin terancam . Bilangan populasi spesies ini semakin menurun disebabkan oleh aktiviti pertanian yang merosakkan habitatnya dan pemangsa termasuk anjing atau kucing. 


Berbanding beberapa dekad yang lalu, tenggiling jenis ini sangat jarang dilihat. Setakat yang pernah dijumpai, umur yang paling panjang tenggiling pari-pari merah jambu ini adalah lebih kurang 4 tahun.


Apa pendapat korang tentang tenggiling merah jambu yang unik ini? Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!
Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel