17 Inovasi Hebat Yang Anda Pun Nak Guna

Melalui kehidupan setiap hari kadang-kadang memang memenatkan. Kadangkala ada masalah yang berlaku dan anda memerlukan solusi yang cepat untuk menyelesaikannya. Sebab itu anda memerlukan pemikir dan pereka yang boleh menghasilkan inovasi seperti dibawah untuk meyelesaikan sebahagian masalah kita.

Jom kita lihat 19 inovasi hebat yang anda pun nak guna untuk selesaikan masalah seharian anda.


19 Inovasi Hebat Yang Anda Pun Nak Guna


Alat pemotong pisang


Dengan sekali guna, pisang terus dipotong. Tak perlu gunakan pisau pun.


Lampu jalan yang mula 'mekar' bila seseorang datang


Lampu jalan raksasa dipanggil 'Warde' ini berketinggian sembilan meter, berbentuk bunga yang indah. Ia akan kembang 'mekar' sebaik sahaja seseorang atau kereta menghampiri.


Mainan dihasilkan berdasarkan lukisan anak-anak


IKEA menjalankan kempen khas untuk menjual mainan lembut yang lucu hasil dari lukisan kanak-kanak dan hasilnya disumbangkan sebahagian kepada badan amal. 


Selimut duyung


Selimut berbentuk duyung ini memang selesa dan menyenangkan untuk membungkus badan agar tetap hangat. Sesuai digunakan ketika musim sejuk atas tidur.


Taman yang tergantung di dinding

Hiasan dari taman bunga hidup mini yang cantik ini sangat untuk rumah anda yang tinggal di sebuah pangsapuri kecil dan tidak mempunyai banyak ruang untuk tanaman.

Mesin basuh dengan pintu khas untuk tambah pakaian


Ini adalah pintu tambahan kecil di mana anda boleh menambahkan lebih banyak cucian ke mesin basuh berpintu hadapan semasa mesin basuh sedang mencuci.


Bangku 'pokok tumbang'


Bangku dengan rekaan unik dari pokok tumbang. Ianya cantik, mesra alam, dan mendekatkan kita dengan alam pada masa yang sama.


Selipar Lego


Kadang kala apabila anak-anak bermain lego, memang menyakitkan apabila terijak permain Lego yang kecil tu. Jadi, anda tak perlu risau lagi kerana Selipar Lego ada untuk menyelamat.


Tilam yang membolehkan anda berpelukan tanpa sakit


Kadang kala suami isteri mahu tidur berpelukan tetapi lama-lama rasa sakit tangan kerana dihimpit terlalu lama. Bilah khas di tilam ini membolehkan pasangan berpelukan tanpa menyakitkan tangan langsung.


Tab mandi sfera


Mandi di tab mandi yang cantik seperti ni akan menyebabkan anda terasa seperti berada di dalam air, atau terapung di udara. 


Kereta sorong bayi yang super kompak


Kereta sorong hebat ini boleh dilipat sehingga menjadi agak kecil sesuai disimpan di dalam beg. Mudah disimpan di kereta dan dibawa kemana-mana.


Lampu chandelier yang luar biasa


Lampu gantung ini berbentuk pokok anggur besar terbalik menghiasi ruang siling. Ianya nampak sangat cantik dan hebat!


Petunjuk isyarat untuk penunggang basikal


Sesuai untuk penunggang basikal yang menunggang basikal di waktu malam. Lampu yang dilekatkan di bajunya menyala merah apabila berhenti.


Lampu dibuat dari tunggul pokok


Cahaya lampu akan keluar dari celah retakkan di tunggul pokok ini. Ia sesuai digunakan semasa berkhemah atau berkumpul semasa jamuan barbeque.


'Senjata' sebenar untuk pertarungan bantal



Ada perkara yang kita kena selesaikan dengan pertarungan lawan bantal. Jadi rekaan bantal berbentuk senjata ni memang sangat sesuai digunakan untuk itu.


Pembuat waffle Star Wars 


Peminat Star Wars sejati sudah tentu akan suka dengan pembuat waffle ini! Falcon datang untuk waffle anda.


Meja belon yang terapung.


Meja ini kelihatan seperti terapung oleh belon-belon dibawahnya. Sungguh kreatif! Bagai setiap hari adalah hari perayaan.


Coklat nipis untuk sandwich


Kepingan nipis coklat seperti kepingan keju ini sangat sesuai untuk sandwich anda. Tak perlu risau coklat meleleh lagi atau comot lagi. 

Apa pendapat dengan senarai inovasi ini? Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!



Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel