14 Inovasi Hebat Yang Ramai Patut Guna Sekarang

Inovasi pelbagai jenis barangan sangat banyak membantu manusia dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Bukan hanya memudahkan tetapi juga menyelesaikan masalah seharian. Antaranya 10 inovasi gajet dibawah ini. 

Jom kita lihat inovasi gajet dan alatan yang patut digunakan oleh ramai orang di dunia ini.

Lori lutsinar

Setiap tahun, beribu-ribu orang cedera atau mati dalam kemalangan jalan raya, sebahagiannya kerana penglihatan mereka terhalang oleh kenderaan besar seperti lori atau bas. 


Oleh sebab itu, Samsung dan agensi iklan Leo Burnett telah bekerjasama dalam penyelesaian kreatif iaitu sistem yang menyampaikan rakaman video dari bahagian depan lori ke empat skrin di belakangnya. Ini sangat membantu pemandu melihat pandangan yang jelas dihadapan lori itu.

Skuter Hoverboard

Kombinasi Segway dan papan selaju ini terhasilknya hoverboard., Hoverboard semakin mendapat perhasil kerana sangat mudah digunakan dan seronok jika dimainkan. Setelah seseorang berhenti, peranti ini menggunakan sepasang giroskop elektrik untuk mengimbangkan papan hoverboard secara automatik. Ini membolehkan pengguna melaju ke hadapan, ke belakang dan ke belakang dengan sedikit memindahkan berat badan mereka.

Kuali yang mengajar memasak

Pantelligent atau kuali pintar ini bertujuan memberikan info sesuai dengan resipi memasak yang dipilih. Sebaik sahaja anda memilih resipi dari aplikasi telefon pintarnya, kuali ini melalui Bluetooth dan sensor haba khas akan menawarkan arahan di skrin telefon anda,. Jadi, anda pun boleh menjadi chef sekarang hanya dengan Pantelligent.

Buku yang boleh menapis air

Dianggarkan 663 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai sumber air minum yang bersih. Ada disebabkan proses penapisan air yang rumit dan mahal. Buku ini dihasilkan pasukan saintis selama beberapa tahun untuk berguna sebagai penapis air. Ia boleh membunuh lebih dari 99% bakteria berbahaya, sesuai digunakan di negara yang mengalami masalah air bersih seperti di Bangladesh, Ghana dan Afrika Selatan.

Vacum laut


Akibat lambakan sampah plastik di tengah Lautan Pasifik yang membahayakan alam sekitar, Vacum Laut ini dihasilkan. Projek Pembersihan Lautan ini akan terapung di lautan sepanjang 62 batu (100 km)  untuk memerangkap sampah melalui arus ombak lautan. Jaring memerangkap sampah akan turun ke bawah sejauh 10 kaki, atau 3m. Jika dilaksanakan dengan menyeluruh, ia dapat mengurangkan sampah sebanyak 42% dalam masa 10 tahun.

Bola untuk belajar membuat kod

Bola ini yang bernama Hackaball, direka oleh Many, sebuah firma perunding digital yang berpusat di New York City. Mainan Hackaball akan diselaraskan dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna memprogram aplikasi mudah untuk mengajar kanak-kanak mengenai pengkodan konputer dan aplikasi mudah. 

Pengesan pencemaran peribadi

Ingin tahu udara dan keadaan sekitar korang bersih ke tak? Gunakan Tzoa. Peranti ini memiliki sensor untuk menilai udara di kawasan tertentu, mengukur suhu, kuantiti habuk, debunga, pendedahan sinar UV dan sebagainya. Maka korang boleh mengetahui betapa bersihnya persekitaran disekeliling.

Aplikasi untuk mengunci pintu depan

Ini memang sesuai bagi semua orang, lagi-lagi yang kerap lupa mengunci pintu ketika keluar atau selalu lupa kunci diletakkan di mana. Dengan aplikasi ini, ia akan beritahu pada setiap saat sama ada rumah anda selamat atau tidak dan juga boleh tahu siapa yang masuk dan keluar  ke rumah anda.

Cip yang mengelakkan anda membongkok

Setiap kali korang nak membongkok atau membungkuk, cip ini akan mula bergetar. Tak sakit pun, Ini nak mengingatkan kita supaya di dalam postur yang betul. 

Peranti yang menghentikan anda berdengkur

'Nora' adalah penyelesaian masalah berdengkur yang  pintar. Dengan Nora, tak perlu pakai topeng, gigi palsu, atau pelekat hidung. 'Nora' ini digunakan dengan alat yang diletakkan dalam bantal. Ia akan menggerakkan alat itu dan merangsang otot tekak supaya lebih selesa dan mengurangklan masalah berdengkur.

Peranti Monitor Bayi

Tali aplikasi ini boleh dipakai kepada bayi untuk memantau dengan lebih berkesan dan juga merekod tabiat tidur bayi dengan lenih baik.

Orkestra Elektronik untuk gitar anda

Cukup pasangkan panel ACPAD ke gitar anda, dan anda akan dapat memainkan beratus-ratus instrumen, effect lagu, muzic dan sebagaikan semasa bermain gitar.

Pasu tanaman yang membesar bersama dengan tanaman

Pasu bunga origami yang dibuat oleh studio Ayaskan ini berubah dari masa ke masa sesuai dengan tanaman membesar.

Mainan yang boleh bercakap

Mainan dinosaurus ini bukan biasa-biasa. Tetapi boleh berinteraksi dan menjawap soalan dengan jawapan yang betul. Di buat dengan teknologi Watson IBM, ia digunakan untuk membimbing dan mengajar anak-anak berusia lima hingga sembilan tahun secara akademik dan interaksi. Ia juga boleh merekod respons anak-anak, membantu mengasah kemahiran matematik dan mengetahui perkembangan anak-anak. Cara ini akan menjadikan pembelajaran adalah pengalaman yang menyeronokkan!

Inovasi hebat yang mana korang nak sangat guna? Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!


Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel