21 Rekaan Beg Tangan Designer Yang Pelik Dan Unik Untuk Anda Gayakan

 Kalau cakap pasal fesyen, memang macam-macam jenis fesyen yang ada kan? Kreatif betuk manusia ni. Tak ketinggalan juga pada fesyen beg rekaan designer. Kalau yang biasa kita lihat tu jenis kotan atau panjang sahaja kan. Tapi kali ni kita lihat jenis-jenis rekaan designer beg yang pelik dan unik.

Beg Tengkorak. Memang sangat unik dan sesuai untuk perayaan Halloween.



Beg Sesumpah. Mungkin sesuai untuk mereka yang nak pelihara sesumpah tapi sebenarnya geli dengan haiwan tu.



Beg Teko. Sesuai juga untuk bawa teh, kopi dan gula kemana-mana.


Beg Kaset. Memang nostalgia beg ni. Generasi Z mesti tak tahu beg ni bentuk apa.


Beg Radio. Menarik juga bila dibuat beg kan? Kalau boleh dengar radio lagi best. 


Beg Kura-Kura. Sesuai untuk para pencinta kura-kura.


Beg Bola Keranjang. Kalau dah jadi die hard fan NBA, memang patut guna beg ni.


Beg Accordion. Bentuknya unik. Tetapi boleh ke main muziknya?


Beg Gitar. Nampak cantik dan elegan juga beg ni. Cuma sayang tak boleh dipetik talinya.



Beg Jaket. Bentuk yang unik. Mungkin untuk senang ambil barang di dalamnya.


Beg Kereta. Antara beg yang unik dan jarang-jarang kita lihat orang memakainya.


Beg TV Lama. Memang nostalgik sekali. Mengimbau zaman cerita P Ramlee dengan skrin hitam putihnya.


Beg Mangga Kunci. Macam agak terlalu besar bentuknya tapi unik juga bila digayakan.


Beg Mesin Basuh. Hmmm siapakah yang patut gunakan beg ni ya?


Beg Telefon. Sesuai untuk gadis yang mencari bakal teman lelaki ni.


Beg Kucing. Mungkin takut digigit kucing, tapi hiasan beg ni memang menarik.



Beg Seluar Dalam. Hmmm agak-agak ada ke yang nak pakai beg ni?


Beg Hula Hoops. Macam terlalu besar pulak dilihat beg ni. Sesuai untuk yang tak cukup-cukup barang nak letak dalam handbeg tu.



Beg Stroller. Unik dan comel. Jangan diletak bayi dalam tu sudah la ye.


Beg Pasu. Warna yang cantik dan kemas bentuknya. Kalau diletak pokok bunga cantik juga ye.



Beg Udang Galah. Memang unik sekali. Dengan warna merah garang ni akan sentiasa mencuri perhatian ramai.



Yang mana di antara senarai beg-beg yang unik dan pelik ni yang korang suka nak gayakan? Komen dan kongsikan dengan kawan-kawan korang yek. Follow kami di Facebook untuk lebih banyak artikel menarik.
Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel