Awan Hodoh Yang Sangat Menakutkan!

 


Macam macam ciptaan Tuhan yang masih kita tak tahu. Antaranya awan ni. Awan ni dikenali dengan nama Asperitas, terbentuk pada ketinggian 4000-10,000 kaki kelihatan seperti ombak. bagaimana dan kenapa awan ini terhasil masih lagi dalam kajian lanjut oleh ahli meteorologi


Asperitas atau sebelumnya dikenali juga sebagai Undulatus asperatus adalah formasi awan yang pertama kali dipopularkan dan dicadangkan sebagai sejenis awan pada tahun 2009 oleh Gavin Pretor-Pinney. Gavin ni seorang pangkaji awan  dari Cloud Appreciation Society . 


Awan Asperitas ini telah ditambahkan ke Atlas Awan Antarabangsa sebagai ciri tambahan pada bulan Mac 2017. Awan Asperitas ini adalah pembentukan awan pertama yang ditambahkan sejak cirrus intortus pada tahun 1951. Maksud Asperitas pula diterjemahkan sebagai "kekasaran". Mungkin sebab bentuk awan ni memang agak kasar, sebab itu diberi nama ini.


Sebenarnya awan jenis ini tak merbahaya pun. Walaupun Asperitas ini kelihatan gelap seperti badai,  selalunya awan ini akan hilang tanpa ribut. Kejadian awan yang kelihatan hodoh dan tidak menyenangkan ini telah biasa terjadi di negara  Amerika Syarikat. Kebiasaanyaberlaku pada waktu pagi atau tengah hari berikutan aktiviti ribut petir.


Apa pendapat korang dengan awan Asperitas ni? Menakutkan tak? Tulis komen korang dan kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan korang yek. 

Previous article
Next article

1 Comments

  1. I honestly respect his candor, honesty, and detail in speak me through the ability undertaking web design agencies for artists

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel