Sanggup Bakar Ribuan Duit Untuk Elak Kesejukan, Ini Kisah Bilionair Dan Raja Kokain Pablo Escobar

Kalau ada yang tak tahu, Di Colombia ada kisah seorang raja dadah kokain yang terkenal pada tahun 1980an hingga 1990an.

Pablo Emilio Escobar Gaviria dilahirkan pada 1 Disember 1949. Pablo Escobar merupakan pengasas dan ketua kumpulan gengster dadah yang dikenali sebagai Medellin.

Pablo Escobar pernah melanjutkan pengajian tetapi tidak berjaya menghabiskan pembelajarannya. Dia kemudian lebih fokus dengan kegiatan kumpulan gengster Medellin sebagai kerjayanya.

Kartel dadah Medellin ditubuhkan pada tahun 1976. Kegiatan utamanya adalah menyeludup serbuk kokain ke Amerika Syarikat. Sebanyak 80 tan kokain telah berjaya diseludup masuk ke negara Amerika.

Tidak hanya menyeludup dadah, kartel ini juga terlibat dalam aktiviti gelap seperti menculik dan menjadikan tahanan sebagai tebusan. Kegiatan aktiviti haram menyebabkan Pablo Escobar menjadi bilionair dengan cepat. Kekayaan Escobar dikatakan berjumlah 58 billion dollar.

Akibat duitnya terlalu banyak, dia menggunakan hampir 1000 dollar setiap minggu hanya untuk membeli gelang getah untuk mengikat duitnya.  Duit itu disimpan di dalam gudangnya

Dengan pendapatan yang cukup tinggi, dia kemudian membiayai lebih banyak kegiatan haramnya  seperti mengupah orang untuk merompak, membunuh atau menculik.

Ini termasuklah membunuh hakim, pegawai polis serta ahli politik yang menghalang Pablo Escobar kerana menghalang kegiatan haram yang dilakukan. 

Escobar juga menceburi bidang politik pada ketika itu. Pada tahun 1982, Escobar dilantik menjadi ahli politik di Colombia.

Dengan sumber kekayaan yang diperolehi, dia membelanjakan wangnya untuk pembinaan rumah rakyat serta padang bola sepak. Dia disanjung dan dianggap sebagai hero oleh penduduk tempatan kerana sumbangannya kepada penduduk setempat.

Pada tahun 1989, Escobar terpalit dengan isu pengeboman bangunan DAS di Bogota, Colombia. Sebuah trak yang berisi 500 kilogram dinamit meletup dan mengorbankan 63 orang dan mencederakan 1000 yang lain. Escobar melakukan jenayah ini untuk membunuh ketua DAS yang bernama Miguel Alfredo Maza Márquez.

Escobar dan kumpulannya Medellin juga telah mengebom pesawat Avianca 203 pada 27 November 1989. Pesawat Avianca tersebut berlepas dari Bogota menuju ke Cali. Ia meletup selepas 5 minit penerbangan dan mengorbankan 110 orang.

Escobar meletupkan pesawat Avianca kerana ingin membunuh calon presiden ketika itu yang bernama César Gaviria. Tetapi tidak berjaya kerana César Gaviria tidak menaiki pesawat tersebut. 

Disebabkan peristiwa itu, pihak berkuasa Colombia telah memburu Escobar untuk dibicarakan. Pemburuan itu dibantu juga pihak Amerika kerana terdapat 2 orang rakyat Amerika terbunuh dalam serangan pesawat tersebut.

Escobar akhirnya berjaya ditangkap dan diberi hak istimewa iaitu membuat sebuah rumah sebagai penjaranya sendiri. Namun Escobar telah berhaya meloloskan diri dan bersembunyi selama 16 bulan bersama kumpulan Medellin. 


Kerana memiliki duit yang terlalu banyak, Escobar dikatakan telah membakar sejumlah wang sebanyak 2 juta untuk mengelak ahli keluarganya tidak mengalami kesejukan.  

Pihak berkuasa telah berjaya menjejaki Escobar di sebuah rumah dan pertempuran hebat telah berlaku. 

Insiden tembak menembak antara Escobar dan kumpulan Medellin dengan pihak berkuasa termasuk dari Amerika berlaku dengan hebat. Akhirnya, Escobar dan kumpulan Medellin berjaya ditumpaskan. Escobar juga ditembak mati pada hari kejadian yang berlaku pada tahun 1993.



Apa pendapat korang dengan kisah raja kokain ni? Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!
Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel