Kisah Kejayaan Walt Disney, Ditolak 300 Kali Sebelum Berjaya Menjadi Syarikat Gergasi Animasi Terkenal.

Banyak usahawan di dunia ini sebenarnya bermula dengan usaha yang kecil. Termasuk usahawan yang memiliki syarikat yang besar dan berjaya.

Kisah perjalanan usahawan yg terkenal sebenarnya dapat menjadi inspirasi dan contoh bagi anda yang sedang melalui fasa yang sukar dalam mencapai impian. 

Walaupun syarikat besar Disney sangat hebat dan terkenal, sebenarnya pengasasnya Walt Disney bermula dengan impian dan usaha yang tidak putus.

Bermula sebagai seorang budak kampung yang hanya suka melukis kartun pada kuda-kuda jirannya, Walt Disney mula mencari kerja sebagai pelukis kartun bagi surat khabar setelah mula meningkat dewasa. 

Namun usahanya itu gagal. Akhirnya beliau berjaya mendapat tempat di sebuah syarikat agensi pengiklanan dan menjadi pelukis iklan. 

Sementara itu, minat beliau dalam bidang animasi mula berkembang.
Karakter ilustrasi pertama beliau adalah Oswald the Lucky Rabbit.  

Tetapi hak milik karakter ini dimiliki sepenuhnya oleh Universal Pictures. Ini kerana beliau terikat dengan kontrak sebagai pekerja Universal Pictures.

Semasa Walt Disney meninggalkan Universal Pictures disebabkan isu potongan gaji, beliau sedar yang Oswald the Lucky Rabbit perlukan pengganti. Disitulah beliau mencipta karakter Mickey Mouse.

Tetapi ia tidak mudah yang disangka. Ramai yang menolak konsep karakter tikusnya yang terkenal itu lebih dari 300 kali sebelum seseorang mengatakan ya untuk membantu menjadikan ia suatu kenyataan.

Beliau kemudiannya berpindah ke Hollywood dan memulakan Disney Brothers Studio bersama abangnya Roy. 

Walt Disney kemudian menjadi lebih maju setelah kejayaan karakter pertama beliau, Mickey Mouse mula mendapat perhatian dan diterima masyarakat.

Beliau memulakan filem-filem kartun secara sepenuhnya seperti Snow White and the Seven Dwarfs (1937), Pinocchio (1940), Bambi (1942), Cinderella (1950), Mary Poppins (1964) dan banyak lagi. 

Ternyata filem-filem ini yang digubah dengan inovasi animasi, diterima dengan baik sekali. Beliau kemudian mendapat kejayaan seterusnya apabila karya-karya beliau mula menerima anugerah berprestij Academy Awards.

Meskipun beliau cukup berjaya dengan studio animasi beliau, namun Walt Disney masih belum berpuas hati. Beliau ingin menbangunkan satu taman tema yang unik dan hebat. Seperti katanya “I want it to look like nothing else in the world”, maka terbinalah Disneyland.

Walt Disney kini merupakan salah seorang maestro di dalam dunia seni dan hiburan dan pengasas kepada industri animasi barat. 

Dengan semangat yang tidak pernah luntur dan komitmen terhadap impian beliau, Walt Disney sememangnya membuktikan yang impian dan kejayaan boleh menjadi kenyataan .




Hebatkan semangat Walt Disney? Apa yang dapat kita pelajari dari kisah kejayaan Walt Disney ini? 

Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!
Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel