Boleh Dapat Hampir RM10 Ribu! Jom Belajar Dengan Farhan, Cara Buat Duit Dengan Shopee


Dengan masalah ekonomi yang tak stabil. ramai yang ingin berkecimpung dengan perniagaan sebagai sumber pendapatan sampingan. Begitu juga dengan Muhammad Farhan ni. Dengan menjual produk makanan kucing, Farhan boleh mendapant keuntungan hampir RM10 ribu dengan Shopee!



Mohamad Farhan juga menerusi Facebooknya membuktikan bahawa dia mampu menjana pendapatan ribuan Ringgit secara konsisten setiap bulan, hanya dengan Shopee. Disamping itu, Farhan juga mengajar proses membuka akaun dan seterusnya menjual barang melalui Shopee.

Jom kita sama-sama baca perkongsian Muhamad Farhan di bawah:



Ramai jgk yg PM ak tnya pasal shopee..ak buat apa skrg.. Mcm mana nk niaga dkt shopee.. Skrg ni ak 100% kerja dkt rumah.. Ddk rmh besarkan badan.. 😁  Ak pn baru je berjinak2 dgn shopee ni..dan alhamdulillah..hasil nya..

So lemme share utk yg baru2 nk berjinak dgn shopee.. Nk buat part time ke.. Nk buat majukan lg bsnss ke.. Shopee 100% FREE

Step 1: kena ad shopee app.. register..


Step 2: wajib update alamat dan acc number dlm shopee. Ni penting.




Step 3: apply "free shipping program" ni sgt2 lah penting. Sbb buyer, mereka nk postage free.. Utk apa nk postage berbayar kalau boleh dpt free..


Step 4: upload lah brg2 jualan dan gunakan ayat2 menarik minat pembeli. Kalau boleh.. Letak # sebanyak mungkin utk tarik lebih pembeli.. Timbang siap2 berat item nk jual..masukkan dlm product detail siap2







Borang PL9 boleh ambik dkt pejabat pos. Setiap kali pos.. Xperlu byr apa2.. Semua shopee dah uruskan.. Sbb tu kene apply free shipping program.. Senangkan ☺️



Cara nak POS:

-Print waybill (consigment note) 
-Gunting waybill jadi 4 helai, satu simpan
-Lagi 3 selit dalam pocket parcel
-Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
-Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
-DONE






Fungsi button 'boost' ni untuk meningkatkan lagi view orang pada product kita. Boleh boost 5 items dalam setiap 4 jam. Percuma! So rajin-rajinlah tekan boost ni yee.










Rasanya aku dah jawab 80% soalan yang tanya aku ni. Nanti kalau ada masa aku cuba ulas macam mana nak buat dropship. Aku pun tengah belajar lagi.

Terima kasih.

Apa pendapat korang dengan artikel ni? Ni lah masa untuk korang cuba buat duit dengan Shopee pulak kan?

Jom komen dan kongsikan artikel ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak cerita pelik, tertarik dan menarik dowh!



Previous article
Next article

Komen Disini

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel